PENGENALAN


Syamaz Catering & Canopy adalah sebuah perniagaan yang menawarkan khidmat penyediaan makanan halal Islam khususnya catering, disamping itu kami juga menawarkan pelbagai khidmat tambahan yang berkaitan. Konsep kami adalah mudah untuk para pelanggan di mana kami cuba memenuhi permintaan agar bertepatan dengan moto kami iaitu :

KEPUASAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

Syamaz Catering diterajui oleh 4 orang anak muda Azli, Hisham, Hazrul dan Shahril yang begitu sinonim dan berpengalaman dalam perkhidmatan catering. Menggunakan pengalaman sejak tahun 2003 lagi dan bertapak di Taman LestarI Perdana pada mulanya, syarikat kami telah menempah nama dalam perusahaan catering umumnya di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya